Pages

.:الأسماء الحسنى:.

Monday, March 28, 2011

.:PuLaNG Ke KaMPuNG Ku:.

Turunnya aku di Stesen Bas Gopeng saat jam hampir menunjukkan jam 1 pagi. Ibuku sedang menungguku di tempat yang telah ditetapkan. Setelah mencium tangan ibuku, aku masuk ke dalam kereta bergerak menuju ke rumah. Aku menanyakan pelbagai soalan kepadanya, moga-moga dia tidak mengantuk.

Setibanya aku di rumah, keadaan rumahku gelap. Berjalan ke dapur untuk memenuhi perutku yang kosong. Setelah itu, terus membersihkan diriku. Setelah itu, aku terus membaringkan diriku di katil. Entah mengapa, mataku tidak boleh dilelapkan. Sehinggalah, pukul 4 pagi, baru tidurku lena. Tidur lambat, bangun pun agak lambat juga. Akhirnya, lepas subuh, tidurlah aku lagi sehingga ke tengah hari.

Mula bergerak ke Kuala Kangsar selepas Zohor. Dalam perjalanan, aku menyiapkan semua kerja-kerjaku, sehingga tisak sedar terlena di kerusi kereta ayah saudaraku. Setibanya disana, berjumpa dengan saudara-saudaraku. Perjumpaan keluarga Daeng Imam Syafie @ Imam Kolah.

Siapakah Imam Kolah ini? Seorang ulama' yang masyhur di Kuala Kangsar suatu ketika dahulu. Berasal dari keturunan Sang Nira Utama yang berketurunan Bugis. Merantau dari Pulau Makasar. Wah, dengar orang tua bercerita pun seronok. Yang peliknya, setelah habis bercerita mengenai Imam Kolah, terus berbincang untuk mengadakan hari keluarga untuk keturunan Imam Kolah. Hmm, dengan Taa'ruf pun tidak dilakukannya, kenal sama sendiri pun tidak, aku keluar meninggalkan rumah tersebut menghala ke sebuah surau.

Setelah mengambil air wuduk, menaiki tangganya, membuka pintu surau itu, alangkah terkejutnya aku melihat surau yang luarnya cantik tapi hodoh di dalamnya. Aku terfikir sejenak, dari buat mesyuarat hari keluarga keturunan Imam Kolah, baik bersihkan masjid ini. Tak guna juga keturunan alim ulama' tapi amalan beliau yang dulunya suka duduk di masjid, suka membersihkan masjid, suka mengajak orang solat berjemaah tapi anak cucunya hanya melihatkan ibadah itu hanya solat dan zikir semata-mata. Wah, aku tak sanggup menjadi seorang anak cucunya yang lupa akan pengorbanannya di Kuala Kangsar dalam menyebarkan Islam di tempat yang agak dalam. Mungkin kesalahan diriku yang kurang membuka mulut, memberi teguran kepada saudara-saudaraku yang lain.

YA ALLAH, CELAKALAH DIRIKU INI KERANA MEDIAM DIRI SERIBU BAHASA KEPADA SAUDARA-SAUDARAKU AKAN KEBENARANMU DAN MEMBIARKAN RUMAHMU HANYA DIPENUHI KOTORAN DAN TERUS KEUZURAN.

Tak mengapalah, aku membersihkan surau itu keseorangan. Kerana tidak tahan akan banyaknya habuk yang ada disitu, aku keluar dari surau dan kembali ke rumah saudaraku. Perbincangan masih berjalan sungguhpun waktu Asar semakin dekat. Nasib baik ada yang ingatkan pasal solat, kalu tak, berlarutanlah mesyuarat itu.

Yang paling dikesiankan, kaum perempuan yang hadir disitu umpama kayu tunggul, macam patung yang tak berfungsi, memdiamkan diri sahaja. Bagi diriku, kesianlah kepada makcik yang ada datangnya dari jauh seperti Kuala Lumpur, datang ke situ hanya untuk mendiamkan diri. Hmm, aku hanya berkecamut daam hati.

Selepas Asar, aku membawa adik lelakiku bersiar-siar ke sekitar kampung. Alahai, dah besar pun takut kambing, dikatakannya pula anjing, dikatakannya lagi, kambing makan orang. Walaupun aku telah tunjukkan padanya yang kambing makan rumput, tetap adikku katakan makan orang. Tak mengapalah, bawa pula bersama adik-adik saudaraku bersiar-siar sekali. Hmm, kadang-kadang melihat pada diri adikku ini, apa perlu aku lakukan terhadapnya agar dirinya mempunyai fikrah islamiyah yang jitu. Jangan diceritakanlah berapa kali bertukar "Ultraman"nya. Mula-mula "Tiga" lah, selepas itu, "Dyna" lah, sekarang pula, "Max". Hmm, pemikiran hendoisme ini sangat bahaya. Bermula sasaran pada kanak-kanak yang seharusnya dibajai dengan pemikiran yang menanam sifat ketauhidan agar melahirkan seorang ummat yang berfikiran jauh dan sentiasa meletakkan 'Rabb'nya dihadapan sekali.

Setelah mesyuarat selesai, aku didatangi ayah saudaraku. Bertanyakan pelbagai soalan mengenai kehidupanku di UIA. Seronok berbual dengan orang bergerak sekali dalam perjuangan Rasulullah ini. Alangkah bagusnya aku mempunyai ayah seperti dia. Keluhan aku seperti tak bersyukur pula dengan apa yang telah Allah tetapkan. Tapi, jika dibandingkan dengan Sirah Rasulullah, ayah dan ibunya pun baginda tak pernah jumpa, tak pernah pun Rasulullah mengeluh. Patut aku jadikannya sebagai satu hammasa dalam diriku ini. Moga-moga aku dapat memperbetulkan keseluruhan ahli keluargaku.

 قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

Maksudnya: " Jagalah dirimu dan juga ahli keluargamu dari api neraka"

Berubahlah wahai sahabat-sahabat sekalian....


KEJARLAH KECEMERLANGAN, NESCAYA DIRIMU AKAN DIDATANGI KEJAYAAN....

Thursday, March 24, 2011

.:HiDuP uNTuK aPa???:.

Pengalaman hidup merupakan satu perkara yang tidak mungkin dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi yang manis, mahupun yang pahit. Ingin saya ceritakan kenangan diri saya sendiri menghadapi beberapa kerenah manusia yang berada di atas muka bumi ini.

BERSEMBANG BERSAMA SEORANG PELACUR



Cerita ini berlaku sewaktu aku bercuti sekolah pada umurku 16 tahun. Aku pulang ke rumah ayahku di Pantai Dalam. Pulang ke rumah ayahku pada hari Jumaat sehingga hari Ahad adalah menjadi kebiasaan buat diriku. Tetapi kesannya amat membosankan. Jadi, dengan kesempatan masa yang agak-agak kosong, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur. 

Memulakan perjalanan dari Stesen KTM Pantai Dalam, aku menunggu kereta api tiba. Sewaktu menunggu itulah, bermulalah perjalanan saya dengan pengalaman yang melucukan. Saya amat tertarik dengan seorang pelajar muslimah, bertudung labuh, cukup sempurna seperti seorang yang muslimah yang alimah, berjalan di hadapan tempat ku duduk. Tunduk setunduk-tunduknya. Hampir-hampir dia melanggar tiang di situ. Aduhai, tergelak aku keseorangan. Apalah yang difikirkan sampai tiang pun tak nampak. Mungkin berfikir banyak sangat kut. Alahai, kalau lah terlanggar tadi, apalah yang akan aku buat? Tengok je kut..

Tidak mengapalah..Tunjuk 'macho' nanti lain pula jadinya.

Tidak sampai 10 minit selepas itu, tibalah KTM.

Alhamdulillah, nasib baik pengguna KTM kurang. Dapatlah tempat duduk di koc hadapan sekali, duduk berhampiran dan bertentangan dengan sepasangan 'couple'  Melayu. MasyaALLAH, macam pinang dua. Sama lawa, sama wasim. Tetapi yang peliknya, pakaian merekalah. Ketat yang tak tahu nak dihurai. Bolehlah memberi bayangan akan perempuan tersebut, ketat seluruh badannya, sampailah 'barang berharga'nya menjadi santapan mata Mat Negro di sebelahnya. Seakan perempuan itu bangga menonjolkan 'barang berharga'nya walaupun "suami"nya berada di sebelah. 

Aduhai...manusia, manusia...

Sampai sahaja di destinasi yang ingin ditujui, aku keluar ke lembah jutaan manusia yang datang dari pelbagai negara. Pasangan tadi pun dah hilang dari mata aku. tidak mengapalah, terus berjalan buat kali pertamanya secara individu. 

Secara tiba-tiba, aku tiba di lorong sempit yang agak sibuk. Penuh dengan pelbagai manusia samada kulitnya putih mahupu hitam. Yang peliknya, kedai tak wujud kat lorong tu pun banyak orang jugak ke..Pelik aku...



TIBA-TIBA...

Aku disapa seorang perempuan...

PERGH!!!!!!

Terbeliak biji mata aku...Memang mana-mana lelaki pandang pun tak nak lepaskan "beliau" ini...

"Abang, abang free x???" tanya perempuan itu.

Aku menjawab, "Eh, abang? Saya baru tingkatan 4"...

"Xpela...Adik nak khidmat kakak x??" tanya perempuan itu.

Ait??? Khidmat apa pulak nie??? Aku tanya lagi, " Khidmat apa kak??".

"Adik, adik xrase ke badan kakak nie sedap untuk dipeluk?" tanya perempuan itu.

Ait? Nak suruh aku peluk ke? Ikut nafsu nak je peluk. Ikut iman, peluk-peluk dia, neraka jawapannya.

Darah menyirap je kat kepala nie. Berpeluh aku dibuatnya. Tolak menyesal, terima pun menyesal. Iman di hati pun menolak permintaan prempuan itu.

"Kak, saya nak interview kak sikit ly? Tak ganggu time kakak kn?", aku bertanya.

"Boleh je adik. Tapi, nak interview kakak pun kena bayar juga" Jawab kakak itu.

"Ala kak, kejap je. Bolehkan??" aku membuat muka comelku.

"Ok...ok...tanya la" jawab kakak itu.

Setelah lama aku menanyakannya pelbagai soalan, aku meminta izin untuk mengundur diri.

"Adik? Adik betul tak nak khidmat kakak?" tanya lagi kakak itu. "Hmm, tak pela kak, tak cukup power lagi" seloroh pula aku dengannya.

"Kalau dah power, call la kakak ye. Kakak bagi yang terbaiknya." ujar kakak itu.

"Ok kak. Tapi bila saya dah "power" nanti, saya tak call kakak kut. Saya call mak mertua saya, nak masuk minang anaknya." jawab aku.

Seakan-akan marah, tetapi marah sekali dengan senyuman. Lambaian tangan ala "The Sexiest Women in The World". Alahai, lentuk dibuatnya. Alhamdulillah, selamat-selamat. Tak langgar tiang, insyaALLAH.

Buat kali prtamanya aku bersembang bersama seorang pelacur jalanan. (Bukan nama sebenar) Ika telah lama terjebak dalam dunia pelacuran sejak umurnya 18 tahun. Selepas SPM, beliau ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja setelah keputusan peperiksaannya hanya cukup-cukup makan. Dengan niat yang besar, ingin mencari kerja yang akan membuat dirinya berubah kepada seorang yang mempunyai pendapatan yang lumayan. *Roslan (abang angkatnya di sekolah dahulu), menawarkan diri untuk menolongnya mencarikan pekerjaan untuknya. Tetapi, jalan yang tunjukkan oleh Roslan telah memulakan hidup Ika sebagai seorang pelacur. Setelah dilakukan sedemikian, Ika pun merasakan dirinya bagai ingin membunuh diri tetapi melihatkan pendapatan yang boleh mencapai keuntungan sehingga RM5,000 semalaman, kerjaya ini memang memuaskan hati beliau. Setakat ini, pendapatannya hampir mencecah RM 10, 000 semalaman. Memang kaya. Ditanya ke mana duit itu, jawapannya untuk mencantikkan dirinya.

Kadang-kadang saya amat terkejut juga dengan keadaan umat zaman sekarang. Memang pelik. Yang peliknya, yang berilmu pun mendiamkan diri. Berlambak pelajar keluaran sekolah tahfiz sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tetapi sebahagian yang mungkin berani untuk menegur sahabat-sahabat kita yang masih lagi hidup di dalam kegelapan. Dengan manusia zaman sekarang yang semakin gila memuaskan nafsunya, adakah ia menyebabkan kita bertambah takut untuk menegur dan membiarkan sahaja maksiat terus menggila?


Banyaknya masalah umat kini berpunca dari siapa? Kenapa kita masih berdiam diri dalam memikirkan cara yang realistik untuk membanteras gejala ini? Dimana silap kita ini? Adakah kita ini seorang yang penakut walaupun idola kita adalah nabi Muhammad sendiri? Apakah tindakan kita akan sahabat-sahabat kita di luar sana? Berapa lamakah kita perlu membiarkan hal ini terus terjadi?