Pages

.:الأسماء الحسنى:.

Sunday, November 21, 2010

.:RaYa HaJi oRaNG BuJaNG:.


Huh!!! Buat kali ke-2 berturut-turut aku beraya korban bukan di rumahku.

 1st year aku beraya di sekolahku kerana aku mempunyai exam yang sangat penting dalam hidupku (SPM). Beraya di sekolah adalah satu peristiwa yang sangat menarik buatku. Dengan kawan-kawanku yang dilawati keluarga, mereka dibekalkan dengan pelbagai juadah. Ketupat palas, lotong, soto, nasi impit dan macam-macam lagi. Lebih indah, "rumah terbuka" itu diadakan di bilikku. Bayangkan semua sahabat musliminku hampir 100 orang datang menyerbu bilikku. Keadaan sesak dan kacau-bilau. Ada yang menyanyikan lagu raya, ada yang melantak habisan, ada pula yang lena dibuai mimpi. "Majlis Rumah Terbuka" itu selesai dalam sekitar pukul 12 malam.

Aduhai....Memang pantangku melihat tempat tinggalku bersepah. Apa lagi, seriau aku dibuatnya. Dengan berat hati, aku membersihkan bilikku. Hmm, sekitar 1 lebih pagi selesailah pembersihan bilikku lalu ku tidur di bilik sahabatku yang lain. Kenanganku yang tidak dapatku lupakan bersama sahabat-sahabatku.

http://3.bp.blogspot.com/_Xo1D701pqTU/TOjn0blMFsI/AAAAAAAAACQ/NY-vS7Sy_H8/s320/rye+di+blik.jpg
..Inilah bilikku..

http://2.bp.blogspot.com/_Xo1D701pqTU/TOjnzf7vZhI/AAAAAAAAACM/38vTQzLkb_s/s320/rye+bilik.jpg
..seronoknya dulu..

http://1.bp.blogspot.com/_Xo1D701pqTU/TOjnx4CClnI/AAAAAAAAACI/JgrMW_R89-M/s320/omarian.jpg
..sahabatku sekalian..

http://4.bp.blogspot.com/_Xo1D701pqTU/TOjnxDwS7JI/AAAAAAAAACE/FjEyi_YXzjk/s320/kisas2.jpg
..sekolahku tercinta..

http://2.bp.blogspot.com/_Xo1D701pqTU/TOjnws9qmBI/AAAAAAAAACA/wHnzF7XF4Mw/s320/kisas.jpg
..blok asrama muslimin..

Itu dulu. Sekarang lain. Ramai antara mereka sudah merasai beraya di negeri orang. Hmmm, dengki pun ada tapi relaks je. Tahun ini (2010) sekali aku tidak dapat pulang ke rumah atas sebab-sebab tertentu. Hmm, nasib baik ada sahabatku juga tidak dapat pulang ke kampungnya. Lalu, aku mengambil keputusan untuk beraya bersama dia, Qawi.

Tetapi, raya bersama dia lagi menarik. Ayah dan Ibunya telah mengerjakan haji di Baitullah al-Haram. Maka, dia bersama adik-adiknya tinggal di rumah tersebut. Apabila raya haji makin hampir, adik-adiknya pula meninggalkan Qawi. Tetapi mereka pergi meninggalkan sesuatu. Atas arahan Ayah mereka dari Mekah supaya menutup semua barangan dari punca elektrik termasuklah peti ais.

BAYANGKAN!!!!

Peti ais yang penuh dengan barangan basah seperti daging, sayur dan macam-macam tadi ditinggalkan hampir 2 minggu. Apabila dibuka peti ais itu, perghhhhhh, bau meresap ke dalam hidung. Tidak tahu nak kata apa. Kulat merebak seperti berbilion manusia di atas muka bumi yang fana ini. Qawi pula hampir muntah dengan bau sebegitu busuk.

Aku terfikir sejenak. Bagaimana dengan mayatku setelahku meninggal dunia nanti. Hmm, ternyata, bau bangkai manusia adalah paling busuk dalam kalangan bangkai-bangkai yang lain. Betapa kerdilnya manusia. Betapa hinanya diri kita. Hmm, insaf diriku sejenak. Bersempena Hari Raya Haji, aku mengorbankan tenagaku untukku membantu sahabatku dalam membersihkan peti aisnya itu. Alhamdulillah, semua dapat disiapkan. Alhamdulillah, tanpa kudrat yang diberi ALLAH kepadaku dan Qawi, maka tidak selesailah kerja-kerja pembersihan itu.

Pada malam Raya, aku menjadi imam  manakala Qawi menjadi makmum. Hanya solat Maghrib dan Isyak di rumah kerana keletihan, terasa kesayuan hati apabila mengalunkan takbir, memuji ALLAH yang Maha Kuasa, teringat keluarga di kampung tapi tidak mengapa, semua ini memerlukan pengorbanan dalam menghadapi ujian ALLAH.

Kadang- kadang kita berfikir cara bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah. Tapi kita sering lupa pada Dia yang selalu memberi masalah kepada kita agar kita ingat pada Dia dan jangan cepat mudah mengalah dalam menghadapi suatu masalah.

LA TAKHAF WALA TAHZAN...INNALLAHA MAA'NA..INNALLAHA MAA'SSOBIRIN..

Moga-moga kita dapat rahmat dari ALLAH....AMIN

4 comments:

mohammad said...

salam ziarah

zahra' haras said...

salam sampuk...1st aku nk gelak
hahaha... atok macho,,,,,hahahahhahhaa
tahniah dapat gak ko wat blog
tolong add aku

..::n@!mah::.. said...

syahdu ngat mlm raye atok..
korban la...
pahala mnnti yg sabar..=)

iBNu aBi said...

hehe...syahdu jgk la...mcm2 dpt...