Pages

.:الأسماء الحسنى:.

Monday, March 28, 2011

.:PuLaNG Ke KaMPuNG Ku:.

Turunnya aku di Stesen Bas Gopeng saat jam hampir menunjukkan jam 1 pagi. Ibuku sedang menungguku di tempat yang telah ditetapkan. Setelah mencium tangan ibuku, aku masuk ke dalam kereta bergerak menuju ke rumah. Aku menanyakan pelbagai soalan kepadanya, moga-moga dia tidak mengantuk.

Setibanya aku di rumah, keadaan rumahku gelap. Berjalan ke dapur untuk memenuhi perutku yang kosong. Setelah itu, terus membersihkan diriku. Setelah itu, aku terus membaringkan diriku di katil. Entah mengapa, mataku tidak boleh dilelapkan. Sehinggalah, pukul 4 pagi, baru tidurku lena. Tidur lambat, bangun pun agak lambat juga. Akhirnya, lepas subuh, tidurlah aku lagi sehingga ke tengah hari.

Mula bergerak ke Kuala Kangsar selepas Zohor. Dalam perjalanan, aku menyiapkan semua kerja-kerjaku, sehingga tisak sedar terlena di kerusi kereta ayah saudaraku. Setibanya disana, berjumpa dengan saudara-saudaraku. Perjumpaan keluarga Daeng Imam Syafie @ Imam Kolah.

Siapakah Imam Kolah ini? Seorang ulama' yang masyhur di Kuala Kangsar suatu ketika dahulu. Berasal dari keturunan Sang Nira Utama yang berketurunan Bugis. Merantau dari Pulau Makasar. Wah, dengar orang tua bercerita pun seronok. Yang peliknya, setelah habis bercerita mengenai Imam Kolah, terus berbincang untuk mengadakan hari keluarga untuk keturunan Imam Kolah. Hmm, dengan Taa'ruf pun tidak dilakukannya, kenal sama sendiri pun tidak, aku keluar meninggalkan rumah tersebut menghala ke sebuah surau.

Setelah mengambil air wuduk, menaiki tangganya, membuka pintu surau itu, alangkah terkejutnya aku melihat surau yang luarnya cantik tapi hodoh di dalamnya. Aku terfikir sejenak, dari buat mesyuarat hari keluarga keturunan Imam Kolah, baik bersihkan masjid ini. Tak guna juga keturunan alim ulama' tapi amalan beliau yang dulunya suka duduk di masjid, suka membersihkan masjid, suka mengajak orang solat berjemaah tapi anak cucunya hanya melihatkan ibadah itu hanya solat dan zikir semata-mata. Wah, aku tak sanggup menjadi seorang anak cucunya yang lupa akan pengorbanannya di Kuala Kangsar dalam menyebarkan Islam di tempat yang agak dalam. Mungkin kesalahan diriku yang kurang membuka mulut, memberi teguran kepada saudara-saudaraku yang lain.

YA ALLAH, CELAKALAH DIRIKU INI KERANA MEDIAM DIRI SERIBU BAHASA KEPADA SAUDARA-SAUDARAKU AKAN KEBENARANMU DAN MEMBIARKAN RUMAHMU HANYA DIPENUHI KOTORAN DAN TERUS KEUZURAN.

Tak mengapalah, aku membersihkan surau itu keseorangan. Kerana tidak tahan akan banyaknya habuk yang ada disitu, aku keluar dari surau dan kembali ke rumah saudaraku. Perbincangan masih berjalan sungguhpun waktu Asar semakin dekat. Nasib baik ada yang ingatkan pasal solat, kalu tak, berlarutanlah mesyuarat itu.

Yang paling dikesiankan, kaum perempuan yang hadir disitu umpama kayu tunggul, macam patung yang tak berfungsi, memdiamkan diri sahaja. Bagi diriku, kesianlah kepada makcik yang ada datangnya dari jauh seperti Kuala Lumpur, datang ke situ hanya untuk mendiamkan diri. Hmm, aku hanya berkecamut daam hati.

Selepas Asar, aku membawa adik lelakiku bersiar-siar ke sekitar kampung. Alahai, dah besar pun takut kambing, dikatakannya pula anjing, dikatakannya lagi, kambing makan orang. Walaupun aku telah tunjukkan padanya yang kambing makan rumput, tetap adikku katakan makan orang. Tak mengapalah, bawa pula bersama adik-adik saudaraku bersiar-siar sekali. Hmm, kadang-kadang melihat pada diri adikku ini, apa perlu aku lakukan terhadapnya agar dirinya mempunyai fikrah islamiyah yang jitu. Jangan diceritakanlah berapa kali bertukar "Ultraman"nya. Mula-mula "Tiga" lah, selepas itu, "Dyna" lah, sekarang pula, "Max". Hmm, pemikiran hendoisme ini sangat bahaya. Bermula sasaran pada kanak-kanak yang seharusnya dibajai dengan pemikiran yang menanam sifat ketauhidan agar melahirkan seorang ummat yang berfikiran jauh dan sentiasa meletakkan 'Rabb'nya dihadapan sekali.

Setelah mesyuarat selesai, aku didatangi ayah saudaraku. Bertanyakan pelbagai soalan mengenai kehidupanku di UIA. Seronok berbual dengan orang bergerak sekali dalam perjuangan Rasulullah ini. Alangkah bagusnya aku mempunyai ayah seperti dia. Keluhan aku seperti tak bersyukur pula dengan apa yang telah Allah tetapkan. Tapi, jika dibandingkan dengan Sirah Rasulullah, ayah dan ibunya pun baginda tak pernah jumpa, tak pernah pun Rasulullah mengeluh. Patut aku jadikannya sebagai satu hammasa dalam diriku ini. Moga-moga aku dapat memperbetulkan keseluruhan ahli keluargaku.

 قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

Maksudnya: " Jagalah dirimu dan juga ahli keluargamu dari api neraka"

Berubahlah wahai sahabat-sahabat sekalian....


KEJARLAH KECEMERLANGAN, NESCAYA DIRIMU AKAN DIDATANGI KEJAYAAN....

1 comment:

::::Fakhratu Naimah Muhad:::: said...

setiap detik perjalanan yang berlalu adalah ibrah yang tersembunyi,,beruntunglah bagi sape2 yang berupaya mngambilnya...