Pages

.:الأسماء الحسنى:.

Sunday, May 8, 2011

.:KeHiDuPaN : DiSiPLiN JaMBaTaN KeSeNaNGaN:.



Sudah menjadi lumrah manusia ingin hidup yang mewah. Ia telah dirakam dalam sejarah permodenan manusia yang mana manusia inginkan kehidupan yang selesa. Sebagai contohnya, kehidupan Qarun yang sangat mewah sehingga dikhabarkan sejumlah unta, penuh pada tunggangan itu  membawa kunci harta-harta Qarun  yang tersembunyi di padang pasir. Kehidupan yang mewah sememangnya akan mengubah keseluruhan gaya dan cara hidup kita. Bila kita hidup mewah, semua aset kita juga akan menjadi mewah. Kereta Kancil bertukar ke kereta Ferrari. Rumah kecil bertukar ke rumah bangle, malah terletak atas bukit lagi. Telefon Nokia 3310 berubah ke Blackberry. Semuanya berubah, namun, adakah kita pernah sedar bahawa hati ini pernah tak berubah ke arah iman yang baru dan mantap. Ungkapan “PERBAHARUI IMAN ANDA” hanya bermain di mulut sahaja? Apakah tindakan kita dalam memastikan keimanan kita ini sentiasa kukuh seutuh bangunan yang dibina sekukuh-kukuhnya.


JEPUN

Seorang sahabat saya selalu menceritakan bahawasanya dia sangat takjub dengan permodenan yang dilakukan di negara Jepun. Jepun bangkit kembali sebagai salah satu kuasa besar dunia selepas 40 tahun dibom oleh tentera Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki. Apakah formula yang ditekankan sehingga mereka ini bangkit semula dalam masa yang singkat?
Dalam setiap organisasi pentadbiran samada di sekolah hinggalah ke peringkat pentadbiran negara, 3 tips yang ditekankan kepada kita semua daam mencapai sebuah gerakan yang cemerlang serta memaknakan gerak kerja iaitu:


DISIPLIN

DISIPLIN

DISIPLIN


Perkara ini sangat ditekankan dalam sesebuah organisasi. Dengan disiplin,  objektif serta matlamat sesebuah gerakan itu mampu dicapai bukan sahaja dalam masa yang singkat malah kecemerlangan itu adalah jawapannya yang pasti. Berbalik kepada sistem kehidupan yang dijalankan di Jepun, penekanan pemimpin mereka terhadap disiplin kepada masa adalah sangat ketara. Rakyat Jepun sendiri telah merealisasikan idea pemimpin mereka dalam mencapai sebuah negara gergasi dunia. Maka, disini telah wujud satu konsep pemerintahan Islam dahulu yang telah diamalkan sekian lama. Kethiqahan dan ketaatan rakyat itu kepada pemimpin mereka. Secara umumnya, telah kita ketahui bahawa pemimpin sangat terkenal dengan sifat pemikirnya manakala rakyat sebagai pelaksana idea yang telah dicurahkan pemimpin. Apabila wujud sikap taat dan wala’ pada pemimpin dalam kalangan rakyat beserta kehebatan para pemimpin menguruskan pentadbiran sesebuah negara, maka segala objektif yang dikejar mereka dapat dicapai dengan gemilang dan terbilangnya. Maka konsep ini telah diguna pakai dalam sistem pemerintahan di Jepun. Sekarang, kita sendiri dapat lihat keberkesanan strategi konsep pemerintahan ini. Bukan sahaja masyarakat Jepun dapat hidup sejahtera malah kebanyakan mereka hidup dalam suasana kemewahan khususnya di Bandaraya Metropolitan Tokyo.


DISIPLIN & KESENANGAN
Kesenangan yang dikecapi kini tidak mungkin dicapai tanpa disiplin. Kita imbau kembali sejarah kemerdekaan Tanah Melayu yang kita cintai ini. Setiap ahli masyarakat tahu akan peranan mereka dalam merealisasikan hasrat yang lama mereka inginkan. Mereka melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pemimpin mereka ketika itu agar misi dan objektik yang disempurnakan dapat merealisasikan impian visi mereka, yakni, kemerdekaan. Hal ini kerana perlaksanaan gerak kerja mereka  disulami dengan kefahaman mereka akan konsep disiplin itu sendiri.
Sama seperti peristiwa Pembukaan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Seorang khalifah Uthmaniyah yang sangat muda, berfikiran jauh serta beliau yakin dengan pertolongan dari Allah S.W.T.
Melihat pada peristiwa yang sangat mengagumkan ahli sejarawan dunia malah pakar strategis peperangan dari Eropah ini, strategi Sultan Al-Fateh ini dikira sebagai suatu idea yang tidak masuk akal. Membawa 70 buah kapal merentasi bukit-bukau dan halangan ini merupakan suatu idea yang sangat dahsyat pada masa itu. Idea itu tidak mungkin terlaksana jika kesemua bala tentera Sultan Al-Fateh tidak taat pada perintahnya. Ketidakdisplinan tentera Al-Fateh walaupun beberapa minit akan menyebabkan mereka tertewas ke tangan Konstantinopel sekali lagi sama seperti generasi mereka sebelum itu yang banyak kali mencuba membuka kota itu. Sekali lagi kita melihat penekanan aspek disiplin dalam pentadbiran Al-Fateh. Bukan sahaja dari sudut masa malah dari sudut hubungan bala tenteranya dengan Allah S.W.T.
Penekanan hubungan dengan Pencipta amat penting kerana manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Dengan keyakinan kepada Yang Maha Pencipta beserta dengan kemantapan strategi peperangan dan ketaatan kepada pemimpin, ini membuatkan kejayaan dapat dicapai bukan sahaja dengan kepuasan, malah diisi lagi dengan keberkatan. Dapat kita lihat disini, disiplin memudahkan segala urusan hidup kita. Setiap dari kita memahami peranan masing-masing dalam sesuatu organisasi, melakukannya dengan penuh tumpuan dan konsisten, tidak mustahil, dipermudahkan visi untuk digapai dengan cemerlangnya.


No comments: