Pages

.:الأسماء الحسنى:.

Monday, November 22, 2010

.:CeRiTa MeNaRiK DaRi KeLaS RIM Ku:.


Seperti biasalah, kelas kegemaranku yakni kelas RIM...bersama Ustaz Bahroddin (betul ke eja nie??)..tepat padda masa kelasnya dia datang dan memulakan kelas. Hmmm, tiba-tiba, ustaz nak kongsi suatu cerita. Ianya bermula:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsmFhfl7He9Vq4oWR2Aco_hP7ShgescSnA9eRPF_o_7KxzjyyGbVkcoE4HI0VOsyRiSE0zTYfr9QgW2tR7qKuAIG6bY3SMTPeTSju2f0NLkjxZOfrbh7M371ILUi0qnHA2nb7ye1a6XTg/s1600/diamond.jpg
Terdapat seorang yang kaya ingin terus menjadi kaya sekaya-kayanya. Dia ingin memiliki sebuah lombong berlian. Dari sumber itu, diperniagakan dan menjadi orang yang terkaya di dunia. 

Oleh itu, dia menjual tanahnya yang sebesar rumah itu kepada tukang kebun yang bekerja di rumahnya. Dengan duit hasil jualan tanah itu, dia mengembara ke seluruh dunia untuk mencari lombong berlian impiannya. Hmm, setelah setahun dia mengembara , duit pun sudah kehabisan, dia mengambil keputusan untuk  kembali ke tanah airnya. Tetapi dia tidak mempunyai tanah di sana. Ke mana dia akan tinggal???

Namun, dengan berbesar hati tukang kebun tadi, dia menjemput tuannya walaupun tukang kebun itu kelihatan tidak seperti orang biasa, dia kelihatan seorang yang berjaya dalam sesuatu perniagaan. Setelah dijemput, orang kaya tadi pun menceritakan semua pengalamannya sepanjang pengembaraannya.

Tetapi orang kaya itu kehairanan. Bagaimana tukang kebun itu boleh men jadi seperti orang yang sangat berjaya. Keterampilannya, personalitinya, seperti orang yang sangat-sangat berjaya. Akhirnya, tukang kebun itu menceritakan apa yang telah terjadi. Sebenarnya, tanah yang telah dijual kepadanya itu merupakan sebuah lombong berlian.

ADUH!!! Pedih hatinya apabila mendengar berita itu dari tukang kebun tersebut. Apalagi, menyesal tak sudah.

...THE END.....

Best? Memang best tapi kami sekelas pening apa yang sebenarnya ustaz nak katakan. 

Ustaz cerita pula pasal kelahiran kita yang dikatakan mewarisi iman. Kita bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang beriman. Apabila lahir, diberi nama seperti, Nurul Syuhada, Abu Talhah dan macam-macam lagi, moga-moga anak kita nanti berakhlak seperti mereka.

Akan tetapi, nama yang pernah menggegar dunia dahulu yang mana terlekat di atas kad pengenalan, hanya tinggal nama. Mereka lebih suka mengikut cara dan fesyen orang Barat. Kadang-kadang nama, gah, mantap, takut bila mendengarnya, tetapi akhlaknya, hancur, lebur...

Itulah iman yang kita dapat tapi kita sering lupa akannya. Umpama berlian yang tertanam di bawah tanah kita sendiri, tetapi ingin cari berlian itu ditempat lain. Hmm, iman itu sangat berharga. Ia ada dalam diri kita dan kita perlu capainya agar Halawatul Iman itu dapat dirasai. 

Dapat sedikit peringatan dari Ustaz. Penuh makna juga. Hmm, mudahan ALLAH rahmati kami dan sentiasa dalam ceria dan sejahtera. AMIN....