Pages

.:الأسماء الحسنى:.

Wednesday, April 13, 2011

.:KeCeMeRLaNGaN aTau KeJayaaN:.

Ingin diperkatakan bahawa diri kita telah dididik untuk mengejar kejayaan sejak dari kecil lebih-lebih lagi sewaktu menjelang musim peperiksaan awam seperti SPM, PMR dan lain-lain. Malah wujud dalam media massa sendiri samada iklan mahupun drama di televisyen, semuanya memberi nilai kepada kita supaya mengejar kejayaan. Contohnya, sifat mengejar kejayaan ini dapat dilihat pada drama yang berlatarkan keluarga yang miskin dan mempunyai anak yang ramai. Keluarga mengajar mereka supaya belajar dengan sebaiknya dan carilah kerja yang terbaik dengan hasil kejayaan yang cemerlang. Maka, akan wujudnya sebuah generasi umpama “robot” yang akan mengikut semua telunjuk pengarah mereka. Malah, memburukkan lagi apabila dunia rekaan “robot” ini melarat sehingga mempengaruhi keseluruhan jadual hidup mereka.

3 IDIOTS

Apabila wujudnya golongan yang hanya memperbahaskan kejayaan, maka kecemerlangan hanya terkubur dirobek dek keegoan “kejayaan”. Maka tidak wujudlah juga semangat untuk menciptakan sesuatu yang lebih inovatif, strategis dan idealistik bagi membaiki kehidupan masyarakat sekeliling.
Tertarik dengan cerita filem “3 IDIOTS”, menceritakan seorang pelajar genius dimasukkan ke sebuah kolej terulung di negara India. Sifat keberanian serta berkemahiran yang tinggi dalam menerokai alam kejuruteraan ini membuat pelajar genius ini (Rancho) terlalu genius jika dibandingkan semua pelajar disitu. Pelajar ini sentiasa memikirkan mengapa setiap sistem pendidikan di negara itu hanya mengutamakan markah berbanding penciptaan yang lebih inovatif. Dipendekkan cerita, setelah beliau mendapat kejayaan di kolej itu malah bergelar pelajar paling TERHEBAT sepanjang pengetuanya mengedalikan kolej berkenaan. Apa yang menjadikan dia bergelar pelajar paling TERHEBAT disitu? Kerana prinsipnya mengejar kecemerlangan, bukannya kejayaan.
Maka, konsep inilah yang perlu diterapkan dalam setiap pendidikan di seluruh dunia. Dalam setiap peperangan Rasulullah, baginda tidak pernah menerapkan kepada sahabatnya keinginan untuk memenangi peperangan tetapi baginda selalu menekankan aspek jihad dan syurga dalam diri mereka hingga membolehkan mereka meninggalkan kesemua harta dan keluarga mereka dalam mengejar syurga. Konsep jihad dan syurga inilah dikenali dengan konsep kecemerlangan. Maka wujudlah golongan manusia yang hidup bukan semata-mata mengejar kejayaan duniawi sahaja, malah turut mengejar kecemerlangan ukhrawi.

KECEMERLANGAN MEMBAWA KEJAYAAN

Meskipun sesetengah berpendapat bahawa kejayaan amat diperlukan dalam hidup, namun sedarkah kita bahawa kecemerlangan akan membawa seseorang itu kepada kejayaan. Bukan mudah bagi seseorang mengejar kejayaan yang selama ini menjadi impiannya. Akibat mengejar kejayaan, pintu-pintu kecemerlangan yang telah tersedia dihadapannya ditolak tepi. Atas alasan, ia hanya melambatkan lagi kejayaannya untuk digapai. Dalam konsep tasawwuf, ulama sering menekankan bahawa cinta akan syurga Allah akan membawa kepada kesempurnaan hidup seseorang di dunia ini tidak kiralah dari sudut mana sekalipun. Tetapi, kebanyakan manusia terlalu memikirkan kesempurnaan hidup di dunia ini sehingga mereka meletakkan agama dibawah, malah ada yang menganggap agama ini hanya mejadi penghalang di dalam hidup mereka. Contohnya, para pemimpin dunia sanggup mengambil rasuah demi memastikan statusnya terus berkekalan dan bertahan. Tetapi, rasuah amat ditegah dalam Islam dan pemimpin itu sendiri perlu mengatasi perkara tersebut. Akan tetapi, jikalau pemimpin itu sendiri melakukan perkara tersebut, tidak mustahil kecemerlangan yang ingin dibawa pada negara itu sendiri akan tertumpu kepada sebahagian aspek. Sesebuah negara digelar cemerlang apabila negara itu mempunyai kemajuan yang pesat dan ketinggian akhlak pada setiap rakyatnya.

KECEMERLANGAN YANG DIBERKATINYA

Untuk mengejar kecemerlangan itu bukanlah satu kerja mudah dan bukanlah juga satu kerja yang senang, namun bagi mereka yang ingin kejayaan itu, mereka akan sentiasa memandang matlamatnya mencapai kecemerlangan dengan memantapkan diri mereka dengan pencipta mereka. Secara hakikatnya, kecemerlangan dan kejayaan itu hadirnya dari Allah S.W.T, hanya kita sahaja perlu mencari serta mendapatkannya. Pelbagai cara yang telah ditunjukkan oleh para sahabat serta alim ulama’ zaman dahulu bagi mencapai kecemerlangan. Contohnya, Sultan Muhammed Al-Fateh tidak pernah meninggalkan amal ibadah malamnya bagi mencapai kecemerlangan untuk membuka Kota Konstantinopel dan memerintah dunia ini dengan gemilang dan terbilangnya. Oleh itu, saya mengingatkan kembali kepada diri saya dan para pembaca sekalian bahawa dengan mendekatkan diri kepada Pencipta kita dapat mengembalikan kecemerlangan diri kita bagi memakmurkan dunia ini degan syi’ar Islam serta melaksanakan kesinambungan dakwah Rasulullah dan diri kita sebagai Khalifah di bumi ini.

4 comments:

::::Fakhratu Naimah Muhad:::: said...

benar.. sungguh mendalam..
doakan kita bukanlah robot yang disistemkan oleh pemikir2 yang menyalahgunakan kuasa.. biarkan kita mengejar kecemerlangn hakiki, mardhatillah! insyaAllah=)

Anonymous said...

nk btolkn mind set ibu bapa, score A ade crenye... heheh..

Anonymous said...

wah2....bkan score a shje smata-mata nk btolkn mind parents....silap2 salah tuhan kite nie....istighfar...

Anonymous said...

Alhamdulillah..sye tertarik dengan ulasan anda..semoga menjadi motivasi untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat..Amiinn..